• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Facebook
  • Email Us!
Blue Orange Green Pink Purple

Assalamualaikum!

PERHATIAN


Assalamualaikum W.B,T sahabat2...

MAJLIS SOLAT HARI RAYA AIDILADHA Akan diadakan pada:

HARI:JUMAAT(27 November 2009)/(11 Zulhijjah 1430)
MASA:8.30am
TEMPAT:Surau 5th Hostel

*TAKBIR RAYA AKAN DIADAKAN SECARA ONLINE DI SETIAP HOSTEL:
MASA:8.00pm
TARIKH:KHAMIS(26 November 2009)
PAD FAK:HAYAT's ROOM
5th HOSTEL:ROOM 915

Marilah sama-sama kita meraikan dan menghayati hari bersejarah "Pengorbanan yg tiada tolok bandingnya seorang ayah(Nabi Ibrahim)& keteguhan iman seorang anak(Nabi Ismail)"....




Tahukah kita cerita di sebalik Aidil Adha?


Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.Wallahua’lam.




Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

0 comments



Post a Comment
Newer Post Older Post Home

PPIM Kursk Student Chapter

  • About
      an official PPIM Kursk Student Chapter blog. [updated by Lajnah Penerbitan]
  • Blog Archive

    • ► 2011 (9)
      • ► August (1)
      • ► July (4)
      • ► June (2)
      • ► May (1)
      • ► April (1)
    • ► 2010 (6)
      • ► May (3)
      • ► April (1)
      • ► March (1)
      • ► February (1)
    • ▼ 2009 (37)
      • ► December (6)
      • ▼ November (6)
        • Rumah Terbuka PPIM(PETA)
        • Takbir Malam Eidul Adha
        • PERHATIAN
        • Yazik November 09(Edisi 3-Musibah)
        • Pembetulan Maklumat Yazik Terkini
        • Majlis Reminiscence
      • ► October (25)

    Labels

    • Advertisement (10)
    • AJK PPIM (1)
    • Events (4)
    • eYazik.com (2)
    • Gambar (8)
    • Karya PPIM-KSC (10)
    • Lajnah Pendidikan dan Sukan (2)
    • Lajnah Tarbiyyah dan Kebajikan (3)
    • Renungan (6)
    • Sejarah PPIM-KSC (1)
    • Soal Jawab Agama (4)
    • tips (1)
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Facebook
    • Email Us!

    © Copyright PPIM-KSC. All rights reserved.
    Blogger Layout | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Studio House Design

    Back to Top