• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Facebook
  • Email Us!
Blue Orange Green Pink Purple

Assalamualaikum!

Rumah Terbuka PPIM(PETA)

Assalamualaikum WBT.

PPIM menjemput seluruh warga Malaysia Muslim untuk datang memeriahkan Rumah Terbuka Eidul Adha 2009 pada 29 November 2009(AHAD).Rumah terbuka kali ini akan diadakan di kediaman Saudara Presiden PPIM,Mohd Al-Hafidz .Kad-kad jemputan akan diedarkan dalam masa terdekat,kad jemputan tidak wajib dibawa bersama.Oleh itu,sekiranya kalian tidak menerima kad jemputan,jemputan masih terbuka buat kalian,PPIM memohon maaf,mungkin ada sedikit kesilapan teknikal.

Masa akan dicatatkan di dlm kad jemputan sahabat-sahabat.Peta menunjuk jalan boleh sahabat-sahabat teliti pada gambar di bawah:

klik utk paparan peta yg lebih jelas.

Gambaran lebih jelas:



Berhenti pada papan tanda biru di atas.....

Salah satu Penunjuk arah..


Check point boleh diperhati dari sudut ini(Bangunan kuning ditengah-tengah)...

Bangunan kuning yg jelas kelihatan adalah 'check point'...


Prospekt Pabedi , Dom 18

Padesh 3..

Tekan 142,dan tunggu sehingga pintu dibuka..

Tingkat 4,nombor bilik 142.
Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Takbir Malam Eidul Adha

Alhamdulillah ,takbir raya secara online mengikut hostel berjalan lancar seperti yg telah diatur meskipun ada kelewatan sedikit berikutan gangguan internet.Apa-apa pun sambutan kali ini amat menggalakkan,seramai lebih kurang 30 orang pelajar lelaki berkumpul untuk sama-sama melaungkan panji kebesaranNYA.Terima Kasih diucapkan kepada saudara Hayat dan Fadzil selaku tuan rumah kerana dengan murah hati menyediakan sedikit jamuan buat tetamu.Pengorbanan kalian amat kami hargai..dan pengorbanan masa sahabat-sahabat ,semoga Allah memberkatinya AMEEN~~

Sedikit foto dari hostel pad fak:

Saudara Ismail Awang mempengerusikan majlis.....

Takbir raya dimulakan....

Saudara Hayat mengetuai takbir...

Sayu..

Juadah buat hadirin..

Insyaallah,semoga Aidil Adha kali ini membuat kita lebih memahami dari segi apakah pengorbanan yang dituntut ISLAM dan menginsafi pengorbanan pejuang-pejuang Islam lepas sehingga dapat kita menikmati nikmat Islam meskipun jauh di perantauan.Kembalilah kepada fitrahmu sahabat-sahabat,apakah itu fitrah kita?Jawapannya:Islam.
Jauh mana pun kita merantau,tinggi mana pun darjat yg dikecapi ingatlah kita adalah,ISLAM!!Islam itu bertiang pada 5 Rukun Islam & 6 Rukun Iman,ditolak satu maka runtuhlah ia.

-Wallahu'alam-


Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

PERHATIAN


Assalamualaikum W.B,T sahabat2...

MAJLIS SOLAT HARI RAYA AIDILADHA Akan diadakan pada:

HARI:JUMAAT(27 November 2009)/(11 Zulhijjah 1430)
MASA:8.30am
TEMPAT:Surau 5th Hostel

*TAKBIR RAYA AKAN DIADAKAN SECARA ONLINE DI SETIAP HOSTEL:
MASA:8.00pm
TARIKH:KHAMIS(26 November 2009)
PAD FAK:HAYAT's ROOM
5th HOSTEL:ROOM 915

Marilah sama-sama kita meraikan dan menghayati hari bersejarah "Pengorbanan yg tiada tolok bandingnya seorang ayah(Nabi Ibrahim)& keteguhan iman seorang anak(Nabi Ismail)"....




Tahukah kita cerita di sebalik Aidil Adha?


Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.Wallahua’lam.




Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Yazik November 09(Edisi 3-Musibah)

Yazik Edisi Baru ,Vol Musibah
Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Pembetulan Maklumat Yazik Terkini

Assalamualaikum.Lajnah penerbitan memohon maaf dia atas kesilapan untuk edisi yazik kali ini,kesilapan boleh sahabat2 perhatikan di dlm kotak merah yg terdapat karakter upin ipin di atasnya dan pembetulan di bawah setiap gambar.Harap maklum~~

Bahan Bonus yg dimaksudkan ialah: 2 batang serai atau 3 helai daun limau purut

Tarikh Penghantaran ialah: 15 November 2009
Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Majlis Reminiscence

Pada 1 November 2009 bertempat di surau 4th hostel, PPIM telah berjaya mengadakan Usrah umum yang bertemakan”REMINISCENCE”. Usrah yang bermula pada pukul 10.30 pagi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar –pelajar Islam di sini.Objektifnya ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar islam tentang peri pentingnya peranan mereka terhadap saudara sesama Islam yang memerlukan di samping mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan mereka.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan ayat –ayat suci Al-Quran daripada saudara Anwar Fazal dan seterusnya intipati bagi usrah ini telah disampaikan daripada saudara Al-Hafiz dan saudara Zaid .Pelbagai activiti telah dijalankan seperti activiti dalam kumpulan ,persembahan multimedia ,pertandingan Acronnym dan kutipan derma ‘One Euro One Palestine’.Usrah umum kali ini berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari .Terima kasih kepada AJK dan semua pihak yang terlibat dalam menjalankan program ini.

Sesi 'Brain Storming'


Hadirin khusyuk memerhati Statistik yg
disediakan oleh Saudara Presiden

Aktiviti berkumpulan...

Wassalam~


Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post
Newer Posts Older Posts Home

PPIM Kursk Student Chapter

  • About
      an official PPIM Kursk Student Chapter blog. [updated by Lajnah Penerbitan]
  • Blog Archive

    • ► 2011 (9)
      • ► August (1)
      • ► July (4)
      • ► June (2)
      • ► May (1)
      • ► April (1)
    • ► 2010 (6)
      • ► May (3)
      • ► April (1)
      • ► March (1)
      • ► February (1)
    • ▼ 2009 (37)
      • ► December (6)
      • ▼ November (6)
        • Rumah Terbuka PPIM(PETA)
        • Takbir Malam Eidul Adha
        • PERHATIAN
        • Yazik November 09(Edisi 3-Musibah)
        • Pembetulan Maklumat Yazik Terkini
        • Majlis Reminiscence
      • ► October (25)

    Labels

    • Advertisement (10)
    • AJK PPIM (1)
    • Events (4)
    • eYazik.com (2)
    • Gambar (8)
    • Karya PPIM-KSC (10)
    • Lajnah Pendidikan dan Sukan (2)
    • Lajnah Tarbiyyah dan Kebajikan (3)
    • Renungan (6)
    • Sejarah PPIM-KSC (1)
    • Soal Jawab Agama (4)
    • tips (1)
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Facebook
    • Email Us!

    © Copyright PPIM-KSC. All rights reserved.
    Blogger Layout | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Studio House Design

    Back to Top