• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Facebook
  • Email Us!
Blue Orange Green Pink Purple

Assalamualaikum!

HARI ASYURA

SEJARAH HARI ASYURA

Ø Hari pertama Allah menciptakan alam.

Ø Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Ø Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Ø Allah menjadikan 'Arasy.

Ø Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Ø Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Ø Nabi Adam a.s. dicipta.

Ø Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.

Ø Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

Ø Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

Ø Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.

Ø Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.

Ø Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

Ø Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

Ø Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.

Ø Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

Ø Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..

Ø Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Ø Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

Ø Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Ø Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

Ø Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

Hadis 1

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))

Hadis 2
“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))

Hadis 3

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)
Hadis 4
“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA

Menghapuskan dosa setahun yang lalu, sebagaimana penjelasan hadis berikut:

Hadis 1

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

BERPUASA PADA 9 dan 10 MUHARRAM

Hadis 1

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, walaupun 9 Muharram bukan merupakan Hari Asyura, tetapi untuk mengelakkan kita berpuasa sama dengan orang yahudi jadi marilah kita berpuasa 2 hari iaitu pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam, pada tahun ini 26 Disember 2009(SABTU) dan 27 Disember 2009(AHAD) berdasarkan hadis di atas.

Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

1st Aid Percuma buat smua warga Kursk


Click to enlarge
Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Yazik Disember 09(Edisi 4-Ke Pangkal Jalan)

Yazik Edisi Baru ,Vol 4(Ke Pangkal Jalan)
Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Bengkel Blood Analysis & ECG


Alhamdulillah,pada 13 Disember 2009 yang lepas PPIM telah mengadakan Bengkel ECG dan blood Analysis bagi pelajar-pelajar 4th year ke atas,bertempat di Surau 4th Hostel.Objektif utama bengkel ini diadakan ialah untuk membantu pelajar-pelajar dalam menganalisa ECG dan Blood Analysis bagi membuat diagnosis yang betul.Saudara Razis dan Saudara Anwar telah dijemput untuk memberikan tips-tips yang berguna terima kasih diucapakan.Bengkel ini merupakan bengkel pertama yang dianjurkan PPIM dan seramai lebih kurang 20 orang telah hadir untuk bengkel kali ini.Slot pertama di mulakan dengan Blood Analysis.

Antara yang hadir

'Cara ringkas untuk membuat diagnosis yang betul'

Saudara Anwar menerangkan Contoh Blood Analysis


Slot kedua,ECG diteruskan oleh Saudara Razis.Bengkel terpaksa berpindah dari surau 4th hostel ke Kediaman Saudara Zaid dia atas masalah-masalah yang tidak dpaat dielakkan.Semangat sahabat-sahabat untuk meneruskan bengkel amat kami hargai.

Saudara Razis menerangkan cara-cara mengesan masalah di dalam ECG(pathological wave)

Pathological wave

Menyalin nota-nota penting..


Secara keseluruhannya,tip-tips yang diberikan kedua-dua Saudara Penceramah amatlah berguna dan mudah untuk difahami.Kepada mereka yang tidak dapat hadir pada bengkel kali ini,Insyaallah PPIM akan mengadakan bengkel ulangan untuk tajuk ini kerana ilmu yang berguna ini rugi jika tidak dikongsi bersama.Sampai bertemu lagi di bengkel-bengkel seterusnya.Wassalam~~
Read More 2 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah.


Resolusi, azam dan rancangan sambutan tahun baru 2010 adalah topik hangat kini.Masing-masing mencari idea ,berusaha memberi satu kelainan bagi sambutan Tahun Baru 2010.Tidak sabar rasanya bersama rakan-rakan bersorak detik 12 malam,melihat indahnya mercun membentuk corak-corak bahagia,bergembira sehingga sang mentari kembali memancarkan sinarnya.


Tapi sedarkah kita tahun apa yang kita raikan itu?Lupakah kita tentang Tahun Baru Islam 1431 Hijrah?Tahukah kita bila tarikh sebenar tahun fitrah kehidupan kita?Tahun Baru Islam 1431 Hijrah dijangka jatuh pada 18 Disember 2009.Seeloknya sambutan tahun baru ini kita raikan dengan muhasabah diri ,apa yg telah aku sumbangkan buat Islam tahun ini?apa dosa yang telah aku lakukan tahun ini?mohonlah pengampunan dan kemaafan dari Allah s.w.t dan mintalah keredhaan dan keberkatanNya buat rancangan yang telah kita rancangkan buat tahun baru yang mendatang.

Para ulama’ terdahulu telah menyediakan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun,bagi memudahkan kita menadah tangan memohon restuNYA.Doa Akhir tahun ini dibaca sesudah Solat Asar,dan Doa Awal Tahun sejurus selepas selesai Solat Maghrib pada tarikh 18 Disember 2009.


Firman Allah: الحشر: 19

["Dan janganlah seperti orang-orang yg lupa kpd Allah; sehinggakan Allah menjadikan mereka lupa kpd diri mereka sendiri; mereka itulah orang-orang yg fasiq"].

Dan firman lainnya; المؤمن : 60 -

["Dan Tuhanmu berfirman, "Berdo'alah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu; sesungguhnya orang-orang yg menyombong(membesarkan)kan diri dari menyembahKu (tidak mohon do'a) akan masuk neraka jahannam dlm keadaan yg hina"]

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

*

بسم الله الرحمن الرحيم

الحَمْدُلله رَبِّ العَالمِينَ، والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى أشْرَفِ المُرسَلِينَ، سَيِّدِنَا محَمّدٍ وَ علَى آلهَِ

وَصَحْبِِهِ أجمَعينَ. اللهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَ لَمْ تَنْسَِهُ

وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِنَا إلََى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ، فَإنَّنَا

نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلَنَا، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَِاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَنَسْألُكَ اللهُمَّ يَا كَرِيْمُ

يَاذَااْلجَلالِ والإكْرَامِ، أنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَاكَرِيْمُ، وَصَلّى اللهُ عَلى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ

وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ أجْمَعِينَ، والحَمْدُللهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

*

بسم الله الرحمن الرحيم

الحَمْدُلله رَبّ العَالَمِينَ، والصّلاةُ والسّلامُ عَلى أشْرَفِ المُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ

وصَحْبِهِ أجمَعِينَ. اللهُمَّ أنْتَ الأبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ، وَعَلى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَجُوْدِكَ المُعَوَّلِ،

وَهِذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا، نَسْأَلُكَ اْلعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشّيْطَا نِ الرَّجِيْمِ وَأوْلِيَاءِهِ وَ جُنُوْدِهِ

َواْلعَوْنَ عَلى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ وَالإشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إلَيْكَ زُلْفَى، يَا ذَاالجَلالِ

والإكْرَامِ ، يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَصَلىَّ اللهُ عَلى سَِيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّيِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلى آلِهِ

وَ صَحْبِهِ أجْمَعِينَ، وَالحَمْدُ لله رَبِّ العَالَمِينَ.

Read More 2 comments | Posted by PPIM-KSC edit post
Newer Posts Older Posts Home

PPIM Kursk Student Chapter

  • About
      an official PPIM Kursk Student Chapter blog. [updated by Lajnah Penerbitan]
  • Blog Archive

    • ► 2011 (9)
      • ► August (1)
      • ► July (4)
      • ► June (2)
      • ► May (1)
      • ► April (1)
    • ► 2010 (6)
      • ► May (3)
      • ► April (1)
      • ► March (1)
      • ► February (1)
    • ▼ 2009 (37)
      • ▼ December (6)
        • HARI ASYURA
        • 1st Aid Percuma buat smua warga Kursk
        • Yazik Disember 09(Edisi 4-Ke Pangkal Jalan)
        • Bengkel Blood Analysis & ECG
        • Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah.
        • 2nd IMAM RSC MEDICAL SYMPOSIUM 2010
      • ► November (6)
      • ► October (25)

    Labels

    • Advertisement (10)
    • AJK PPIM (1)
    • Events (4)
    • eYazik.com (2)
    • Gambar (8)
    • Karya PPIM-KSC (10)
    • Lajnah Pendidikan dan Sukan (2)
    • Lajnah Tarbiyyah dan Kebajikan (3)
    • Renungan (6)
    • Sejarah PPIM-KSC (1)
    • Soal Jawab Agama (4)
    • tips (1)
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Facebook
    • Email Us!

    © Copyright PPIM-KSC. All rights reserved.
    Blogger Layout | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Studio House Design

    Back to Top