• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Facebook
  • Email Us!
Blue Orange Green Pink Purple

Assalamualaikum!

Tips untuk Ramadhan

Salam wbt.

Alhamdulillah, dapat juga kita merasai hari pertama Ramadhan ini. Masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri kita.

Tips Ramadhan ni sangat menyeluruh, merangkumi 24 jam dalam kehidupan seharian kita. Marilah kita sama-sama mengamalkannya, dengan nawaitu lillahita'ala.

++++++++++++++++++++++++++++++​++++++++++++++++++++
4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
2.Solat sunat Tahajjud.
3.Solat sunat Hajat
4.Solat sunat Witir

5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke kelas. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Cuba pertahankan solat tarawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

++++++++++++++++++++++++++++++​++++++++++++++++++++

Ini cuma satu perkongsian dari seorang sahabat untuk disampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain.

Selamat menjalani ibadah puasa!
Read More 0 comments | Posted by Syahaneez A.J edit post

Ramadhan.


Salam wbt semua.

Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Ramadhan kini menjelang lagi.

Inilah peluang kita untuk mem'upgrade'kan iman kita, mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan sanak saudara, mengimarahkan masjid dan surau dan macam-macam lagi!

Jadi, bagi pihak PPIM KSC, ana ingin mengucapkan, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menjalankan ibadah puasa. :)

Bagi yang sudah memulakan perjalanan HO mereka, selamat menempuhi alam pekerjaan ana ucapkan. Semoga pengalaman yang bakal dikutip memberi penuh makna dalam sepanjang kerjaya antum dan antunna semua.

Sebelum mengakhiri coretan pendek (tersangatlah pendek, ye) kali ini, ana ingin share satu video dari IniAnuarHadi & Aiman Azlan.




Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya, insyaAllah. :)


Read More 0 comments | Posted by Syahaneez A.J edit post

Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum :)

Hope everyone is in the pink of health, insyaAllah.

This time, I'd like to mention about a novel titled "Denyut Kasih Medik" by Dr. Farhan Hadi. The novel is in Malay and like the title sounds, it's roughly about love and medic. It's a story about a freshly graduated medic student who went through his HO phase of life. As we all know, HO phase is one of the intense stage of our life as a doctor. So we get the rough idea on what is the HO do's and don'ts. This book is really interesting because not only it focus on medic stuff, it gives out fiqh informations about medic issues. As for 'love,' mind you, this is not a typical love story that we always see on TV. It tells about Dr. Muslih (the main character) love for Allah and Islam. Also later in the book, we get to hear about his love for his wife. Most importantly, the main character portrays a good example for all of us, as he tries to apply every single of life aspect according to Islam.

On the previous post, I have mentioned an issue (about male doctors dealing with woman patients) that arise in one of the chapter in this book.

InsyaAllah, we will be getting the book for our mini library. The mini library is still in the making, as we are trying to gather books and notes possible for everyone to share. If you are interested on donating some books or notes (whether medic books or Islamic ones, which ever) to us, feel free to contact us through email or just drop us a message here or through our facebook page.

and not to forget, for those who has started their holidays, have a bless holiday, hopefully this holiday will be greater than the previous one, insyaAllah.


Read More 0 comments | Posted by Syahaneez A.J edit post

HO Preparatory course: The Next Step

Assalamualaikum.
As some of you might already know, there's a HO Preparatory course organised by IMAM/PPIM that will be organised on the 23rd of July at Cyberjaya.

For further details of the program, click here.

Entrance is FREE. Don't forget to RSVP. :)

for more info email them directly at:
Aneesa: aneesaar@gmail.com
Siti Zulaikha: ikhazakariah@gmail.com
Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Doktor Lelaki & Pesakit Wanita.

Isu : Doktor lelaki merawat pesakit wanita.

Hukum : Hukum asalnya tidak boleh. Hanya dibolehkan doktor lelaki merawat pesakit wanita dalam keadaan darurat, iaitu tiadanya doktor wanita.

Dalil :
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka." (Surah al-Nur 24:31)

"Mengapa kamu tidak mau memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-An'aam 6:119)

Dalil yang kedua telah menyatakan bahawa jika dalam keadaan darurat, diharuskan yang haram.

Nota : Sewajarnya pesakit lelaki dan wanita seharusnya melahirkan perasaan tidak suka kepada situasi itu dan bukannya rasa biasa. Mereka perlu yakin bahawa kalau bukan kerana darurat, mereka pasti tidak berada dalam situasi ini.


*Isu dipetik dari novel Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi, dengan rujukan Al-Quran & Isu-isu Fiqh Medik Semasa oleh Syeikh Walid bin Rasyid Su'aidan dan diterjemahkan oleh Dr. Basri bin Ibrahim.

Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum WBT.

Assif sekali lagi kerana kekosongan di blog ini. Maklumlah, musim peperiksaan sekarang ni. Apa lagi, kelam-kabutlah kami membuat persediaan untuk peperiksaan ni. Dalam pada tu, terdetik di hati;
"Aku di bumi Kursk ni sibuk mengejar peperiksaan di dunia. Peperiksaan aku di akhirat bagaimana?"
Ya Allah, adakah hambaMu ini terlalu sibuk dengan urusan dunia hinggakan terlupa dengan urusan akhirat?

Dalam kesibukan kita membuat persediaan untuk peperiksaan dunia ni, marilah kita sama-sama memperbanyakkan juga amalan seharian kita supaya amalan kita sejajar, tidaklah terlalu berat urusan dunia sahaja. Jangan lupa juga untuk berniat kerana Allah sewaktu membuat persediaan untuk peperiksaan, insyaAllah ianya akan jadi salah satu ibadah; kan belajar tu satu ibadah? Dengan syarat, lillahi ta'ala. :)

Kali ni, nak share sikit tentang solat sunat dhuha. Solat sunat Dhuha ini 2 raka'at dilakukan antara 20 minit selepas terbit matahari hingga sebelum menjelang waktu Zuhur. Waktu afdhal solat ini dipetik dari sepotong hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari.
[dipetik dari artikel ini]

Doa Dhuha dari UNIC



Maksud doa :

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh


Maksud doanya sangat menarik dan indah. Saya sendiri sukar untuk menghafal doa-doa tetapi kalau selalu kita amalkan, insyaAllah, tidak akan mengalami masalah. Lagipun, doa ini ada dalam bentuk lagu, jadi kita akan lebih senang kita ingin mengingatinya. :)

Harap-harap kita semua dapat mengamalkannya selalu.



Wallahu'alambithawab.

Read More 0 comments | Posted by PPIM-KSC edit post

Doa

Read More 1 Comment | Posted by PPIM-KSC edit post
Older Posts

PPIM Kursk Student Chapter

  • About
      an official PPIM Kursk Student Chapter blog. [updated by Lajnah Penerbitan]
  • Blog Archive

    • ▼ 2011 (9)
      • ▼ August (1)
        • Tips untuk Ramadhan
      • ► July (4)
      • ► June (2)
      • ► May (1)
      • ► April (1)
    • ► 2010 (6)
      • ► May (3)
      • ► April (1)
      • ► March (1)
      • ► February (1)
    • ► 2009 (37)
      • ► December (6)
      • ► November (6)
      • ► October (25)

    Labels

    • Advertisement (10)
    • AJK PPIM (1)
    • Events (4)
    • eYazik.com (2)
    • Gambar (8)
    • Karya PPIM-KSC (10)
    • Lajnah Pendidikan dan Sukan (2)
    • Lajnah Tarbiyyah dan Kebajikan (3)
    • Renungan (6)
    • Sejarah PPIM-KSC (1)
    • Soal Jawab Agama (4)
    • tips (1)
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Facebook
    • Email Us!

    © Copyright PPIM-KSC. All rights reserved.
    Blogger Layout | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Studio House Design

    Back to Top