Pada 1 November 2009 bertempat di surau 4th hostel, PPIM telah berjaya mengadakan Usrah umum yang bertemakan”REMINISCENCE”. Usrah yang bermula pada pukul 10.30 pagi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar –pelajar Islam di sini.Objektifnya ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar islam tentang peri pentingnya peranan mereka terhadap saudara sesama Islam yang memerlukan di samping mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan mereka.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan ayat –ayat suci Al-Quran daripada saudara Anwar Fazal dan seterusnya intipati bagi usrah ini telah disampaikan daripada saudara Al-Hafiz dan saudara Zaid .Pelbagai activiti telah dijalankan seperti activiti dalam kumpulan ,persembahan multimedia ,pertandingan Acronnym dan kutipan derma ‘One Euro One Palestine’.Usrah umum kali ini berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari .Terima kasih kepada AJK dan semua pihak yang terlibat dalam menjalankan program ini.
disediakan oleh Saudara Presiden
