Isu : Doktor lelaki merawat pesakit wanita.
Hukum : Hukum asalnya tidak boleh. Hanya dibolehkan doktor lelaki merawat pesakit wanita dalam keadaan darurat, iaitu tiadanya doktor wanita.
Dalil :
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka." (Surah al-Nur 24:31)
"Mengapa kamu tidak mau memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-An'aam 6:119)
Dalil yang kedua telah menyatakan bahawa jika dalam keadaan darurat, diharuskan yang haram.
Nota : Sewajarnya pesakit lelaki dan wanita seharusnya melahirkan perasaan tidak suka kepada situasi itu dan bukannya rasa biasa. Mereka perlu yakin bahawa kalau bukan kerana darurat, mereka pasti tidak berada dalam situasi ini.
*Isu dipetik dari novel Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi, dengan rujukan Al-Quran & Isu-isu Fiqh Medik Semasa oleh Syeikh Walid bin Rasyid Su'aidan dan diterjemahkan oleh Dr. Basri bin Ibrahim.