Assif sekali lagi kerana kekosongan di blog ini. Maklumlah, musim peperiksaan sekarang ni. Apa lagi, kelam-kabutlah kami membuat persediaan untuk peperiksaan ni. Dalam pada tu, terdetik di hati;
"Aku di bumi Kursk ni sibuk mengejar peperiksaan di dunia. Peperiksaan aku di akhirat bagaimana?"
Ya Allah, adakah hambaMu ini terlalu sibuk dengan urusan dunia hinggakan terlupa dengan urusan akhirat?
Dalam kesibukan kita membuat persediaan untuk peperiksaan dunia ni, marilah kita sama-sama memperbanyakkan juga amalan seharian kita supaya amalan kita sejajar, tidaklah terlalu berat urusan dunia sahaja. Jangan lupa juga untuk berniat kerana Allah sewaktu membuat persediaan untuk peperiksaan, insyaAllah ianya akan jadi salah satu ibadah; kan belajar tu satu ibadah? Dengan syarat, lillahi ta'ala. :)
[dipetik dari artikel ini]
Doa Dhuha dari UNIC
Maksud doa :
Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
Harap-harap kita semua dapat mengamalkannya selalu.
Wallahu'alambithawab.