Assif, sudah lama blog ini tidak diisi apa-apa. Bukan bermaksud kami tiada di sini, cuma belum sempat meluangkan masa untuk menulis entri baru.
Dalam kesibukan kita, pernahkah terlintas di hati, apakah yang sedang terjadi pada saudara kita di Palestin?
Ya, saudara kita. Saudara seislam kita. Mengapa hati kita sedikit pun tidak tersentuh dengan keperitan yang dihadapi mereka? Mereka penat berjuang mempertahankan tanah air mereka, dan kita? Sibuk dengan kehidupan dunia kita, sibuk ber'facebook', bergelak-ketawa sedangkan rumah-rumah mereka dibanjiri peluru dan ledakan bom oleh tentera Israel. 'Mereka' telah mengaburi pandangan kita supaya kita lupa kewujudan bumi Palestin itu. Kita lupa bahawa Israel laknatullah telah menapak sedikit demi sedikit di tanah suci itu sejak tahun 1946 lagi.
Di mana sahaja tanah yang mempunyai penduduk beragama Islam, di situlah tanah kita. Tidakkah kita mahu mempertahankan tanah air kita? Lebih-lebih lagi tanah itu adalah tanah suci Palestin.
Lebih menyedihkan lagi, negara Islam yang berjiran dengan Palestin hanya berpeluk tubuh, langsung tidak mempedulikan saudaranya yang terseksa. Mereka ini terlalu kenyang dengan sogokkan harta dan wang oleh musuh, sehinggakan tegar tidak mahu masuk campur dalam situasi ini.
Usahlah kita duduk dengan senang-lenang. Ingatlah, kita sendiri menyumbangkan kepada kesengsaraan saudara kita di sana secara tidak langsung dengan menyokong dan membeli produk yang dihasilkan oleh Israel dan konco-konconya. Dengan wang inilah mereka menggunakan untuk menyerang tanah Palestin.
Cuba kita renungkan, apa yang kita telah lakukan untuk saudara kita di sana? Dan apa yang kita dapat lakukan kelak?
Tontonlah video ini, hayati bait liriknya. Semoga kita mendapat kesedaran dari semua ilusi dunia ini. Bukalah mata, lihat, apa yang sebenarnya terjadi pada dunia.